Kanser Payudara Metastatik
Pengenalan
Apakah itu Kanser Payudara?
Kebiasaanya, sel-sel kita hanya tumbuh untuk menggantikan sel-sel yang rosak atau apabila diperlukan (contohnya, sel-sel payudara tumbuh apabila ia diperlukan untuk menghasilkan susu ibu semasa wanita sedang hamil). Apabila sel-sel abnormal tumbuh dengan tidak terkawal, mereka membentuk kanser. Sesetengah kanser akhirnya boleh merebak ke bahagian badan yang lain.
Tanda-Tanda Dan Gejala Kanser Payudara
- Ketulan pada payudara
- Kesakitan pada puting
- Perubahan dalam bentuk puting (seperti puting tenggelam)
- Keluar cecair dari puting
- Lekukan atau kedutan pada kulit payudara
- Ketidakselesaan atau bengkak pada ketiak
- Ruam atau payudara kemerahan dan bengkak
- Kesakitan
Bagaimana Kami Boleh Membantu?
Mengendali Kehidupan Anda Seterusnya




Memahami Situasi Anda
Bagaimana Maklumat Disampaikan Kepada Anda
Kanser Payudara Metastatik

Kanser Payudara Metastatik

Memahami Kanser Payudara Metastatik

Merancang Kaedah Rawatan

Pemilihan Rawatan

Pembuatan Keputusan

Pelan Rawatan Susulan

Sumber
Maklumat Lanjut
Memahami Kanser Payudara Metastatik
Fakta yang paling penting mengenai kanser payudara metastatik.
Merancang Kaedah Rawatan
Walaupun kaedah rawatan boleh menjadi lebih rumit. Perancangan awal bersama doktor sangat penting. Gunakan masa ini untuk memahami diagnosis dan tahap kanser anda. Anda juga boleh memastikan bentuk rawatan dan penjagaan susulan seterusnya dengan doktor dan anggota kesihatan yang lain.
💡Anda digalakkan untuk mencatat perkara yang penting dan bertanyakan soalan.
Pemilihan Rawatan
Rawatan kanser melibatkan gabungan beberapa jenis terapi. Bincangkan pilihan rawatan dengan doktor anda untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dan jelas.
Pembuatan Keputusan
Apabila berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius, adalah penting untuk membuat Keputusan dengan yakin. Kaedah untuk membuat keputusan dapat membantu dalam proses tersebut. Kami akan berusaha untuk membantu anda dalam membuat keputusan dengan menyediakan informasi yang relevan, tepat pada masanya dan akan membimbing anda dalam mempertimbangkan semua pilihan yang ada.
Pelan Rawatan Susulan
Ia mungkin agak mengecewakan apabila mengetahui bahawa anda menghidap kanser payudara metastatik dan proses itu mungkin akan berpanjangan. Namun, masih ada cara untuk memastikan anda dapat menikmati kualiti hidup yang baik. Proses anda untuk mengendalikan penyakit ini mungkin meliputi penjagaan dan rawatan selepas pembedahan, pemakanan, senaman dan juga bagaimana cara untuk membina semula hubungan. Anda juga akan mempunyai akses kepada Sumber-sumber dan maklumat-sumber maklumat dan panduan praktikal untuk membantu dalam pengurusan rawatan kanser yang berterusan.
Sumber
Sama ada sokongan emosi, bantuan kewangan, sokongan komuniti atau kisah perjalanan rawatan kanser secara individu, perlu difahamkan bahawa terdapat pelbagai sumber dan bentuk sokongan yang tersedia ada untuk anda semasa anda menjalani diagnosis kanser payudara anda.
Soalan Lazim Kanser Payudara Metastatik
Dapatkan jawapan kepada soalan lazim mengenai kanser payudara metastatik.
Memahami Kanser Payudara Metastatik
Merancang Kaedah Rawatan
💡Anda digalakkan untuk mencatat perkara yang penting dan bertanyakan soalan.
Pemilihan Rawatan
Pembuatan Keputusan
Pelan Rawatan Susulan
Sumber
Sama ada sokongan emosi, bantuan kewangan, sokongan komuniti atau kisah perjalanan rawatan kanser secara individu, perlu difahamkan bahawa terdapat pelbagai sumber dan bentuk sokongan yang tersedia ada untuk anda semasa anda menjalani diagnosis kanser payudara anda.
Soalan Lazim Kanser Payudara Metastatik
Sebelumnya
Seterusnya
Laman Utama >