Cancer Research Malaysia

Memahami Kanser Payudara Peringkat Awal

Memahami Kanser Payudara Peringkat Awal

Membantu anda membuat keputusan yang tepat untuk rawatan anda.
"Sekiranya anda dijemput untuk menjalani mamogram, hadirkanlah diri. Jika anda menyedari sebarang perubahan, segera dapatkan pemeriksaan."
Kisah Maimunah

Kisah Maimunah Melalui Kanser Payudara Peringkat Awal

  • Berumur 40 tahun
  • Diagnosis:
    Diagnosis kanser payudara pada usia 40 tahun.
  • Rawatan:
    Telah menjalani rawatan radioterapi dan kini sedang dalam terapi hormon.

Maklumat Sosiodemografi:
Maimunah, 40, merupakan seorang penyelia di sebuah kilang pengetinan di Batu Caves, Selangor. Pada usia 36 tahun, hidupnya berubah apabila beliau disahkan menghidap kanser payudara.

Diagnosis:
Kanser payudara Maimunah ditemui semasa pemeriksaan mamogram rutin. “Saya dipanggil semula oleh doktor selepas mamogram menunjukkan terdapat ketidaknormalan. Saya terkejut kerana saya tidak mempunyai sebarang simptom—tiada rasa sakit, tiada ketulan, tiada perubahan pada tubuh saya,” kenang Maimunah. Biopsi mengesahkan diagnosis tersebut, dan ujian lanjut menentukan bahawa beliau menghidap kanser payudara peringkat awal.

Merancang Rawatan:
Doktornya mencadangkan pelan rawatan yang merangkumi 15 sesi radioterapi bagi menyingkirkan sel kanser yang masih ada, diikuti dengan lima tahun terapi hormon untuk mengurangkan risiko berulang. Maimunah telah diberikan preskripsi tamoxifen, iaitu ubat yang biasa digunakan dalam terapi hormon bagi pesakit kanser payudara.

Kepentingan Pengesanan Awal:
Mengimbas kembali pengalamannya, Maimunah menekankan betapa pentingnya pengesanan awal. “Saya sangat bersyukur kerana saya menjalani mamogram rutin. Ramai orang mengabaikan pemeriksaan ini, tetapi ia benar-benar telah menyelamatkan nyawa saya. Pengesanan awal membuatkan segalanya berbeza.”

Sepanjang rawatannya, beliau mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, serta seorang pesakit kanser payudara yang telah sembuh, yang menjadi sumber kekuatan besar baginya. “Rawatan radioterapi tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan yang serius kepada saya, dan jururawat penjagaan payudara sentiasa ada untuk membantu, yang benar-benar memberi perbezaan besar dalam perjalanan saya.

Pesanan untuk Orang Lain:
“Jika saya tidak menjalani mamogram, mungkin saya tidak akan tahu bahawa saya menghidap kanser,” kata Maimunah. “Saya menggalakkan semua orang, tanpa mengira usia atau simptom, untuk membuat pemeriksaan berkala. Pengesanan awal amat penting dalam meningkatkan keberkesanan rawatan.”
Baca Lagi

Apa Perasaan Anda?

Awan Ucapan Maimunah

Adalah perkara biasa untuk berasa kosong, bimbang atau takut—atau merasai kesemuanya sekali. Jika anda berasa keliru dan memerlukan lebih banyak maklumat, laman web ini dapat membantu anda mendapatkan maklumat yang diperlukan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.

Seperti Maimunah, ramai wanita Malaysia juga sedang menghadapi atau pernah menghadapi kanser payudara.

Jika anda telah didiagnosis dengan kanser payudara, anda mungkin mengalami pelbagai bentuk emosi, daripada kesedihan dan kemarahan kepada kebimbangan. Anda mungkin berasa keliru dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan.

Mengalami emosi seperti ini adalah perkara biasa.
Mengendali Kehidupan Anda

Bertanya Pelbagai Soalan Itu Adalah Perkara Biasa

Awan Ucapan Maimunah

Rujuk pada doktor anda. Walaupun rakan dan keluarga mungkin bersangka baik, adalah amat penting untuk mendapatkan nasihat yang betul tentang rawatan terbaik daripada profesional yang berkelayakan.

Adakah cara lain untuk merawat kanser payudara selain pembedahan?

Adakah saya akan mati?

Mengapa saya mendapat kanser payudara?

Bolehkah saya mencuba terapi tradisional?

Apa kata suami saya bila dia tahu?

Adakah saya mesti menjalani pembedahan?

Berapa lama saya akan hidup?

Adakah anak saya juga akan menghidap kanser payudara?

Adakah saya akan kehilangan rambut saya dengan kemo?

Pastikan anda berbincang akan kebimbangan atau pertanyaan anda kepada doktor anda. Doktor yang merawat anda telah biasa dengan sejarah dan situasi perubatan sebegini dan berkelayakan untuk memberikan anda jawapan yang anda perlukan.

Anda digalakkan untuk membuat nota soalan supaya anda dapat mengajukannya semasa janji temu anda.

1 dalam 20

Apa Itu Kanser Payudara Peringkat Awal?

Kanser Payudara Adalah…
Kanser yang paling umum terjadi di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia.Tahukah anda 1 daripada 20 wanita akan menghidap kanser payudara sepanjang hayat mereka?

Bagaimana Ini Berlaku?

Sel-sel dalam badan kita berubah menjadi tidak normal dan mula membesar di luar kawalan. Dalam kanser payudara, sel-sel tidak normal ini tumbuh di dalam payudara menjadi ketulan.

Awan Ucapan Maimunah

Ingatlah bahawa kanser bukanlah salah anda.

Adakah Kanser Itu Salah Anda?

Ingatlah, bahawa kanser bukan salah anda.

Beberapa faktor boleh menyebabkan anda berisiko mendapat kanser payudara. Ini termasuklah:
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, seperti:
Adalah penting untuk memahami Bahawa tiada satu punca khusus yang boleh dikenalpasti sebagai punca kanser.

Bilakah Wanita Biasanya Mendapati Bahawa Mereka Mempunyai Kanser Payudara?

Apabila menemui ketulan pada payudara
Apabila melakukan pemeriksaan mammogram
Apabila terdapat lelehan dari puting

Apa Yang Berlaku Kepada Orang Yang Menghidap Kanser Payudara?

Kebanyakan kanser payudara akan berganda saiz dalam tempoh 3 – 6 bulan.

Jika tidak dirawat, sel-sel kanser pada payudara anda boleh merebak ke bahagian organ badan yang lain. Rebakan ini boleh berlaku dalam tempoh 2 tahun. Dengan rawatan yang betul, ini boleh dielakkan.

Jika tidak dirawat, kebanyakan wanita boleh hidup hanya selama 2 – 3 tahun. Dengan rawatan yang betul, 9 daripada 10 wanita mampu bertahan selama lebih 10 tahun.

Rawatan alternatif, juga dikenali sebagai rawatan tambahan, tidak semestinya berkesan. Keberkesanan rawatan sedemikian adalah berbeza-beza bagi setiap individu.
Kanser payudara biasanya tidak menyakitkan
Awan Ucapan Maimunah

Perlukah saya membiarkan kanser itu tidak dirawat? Tidak, tolong jangan lakukan itu. Ketahui lebih lanjut tentang kanser anda supaya anda boleh memutuskan rawatan terbaik untuk anda. Mengabaikan kanser tidak akan menghilangkannya.
Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan ujian saringan secara berkala.
Scroll to Top