Soalan Lazim
Bagaimana kami boleh membantu?
Mengenai Keadaan Saya
Adakah Ada Harapan untuk Saya? Bolehkah Kanser Tahap 4 Disembuhkan?
Kanser tahap 4 (metastatik) tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, tetapi ia masih boleh dirawat dan dikawal.
Dengan rawatan yang semakin maju, semakin ramai wanita dengan kanser tahap 4 kini dapat hidup lebih lama. Ramai yang bertahan lebih daripada 5 tahun, dan sesetengahnya melebihi 10 tahun dengan kualiti hidup yang baik.
Harapan sentiasa ada. Rawatan hari ini bukan hanya untuk memanjangkan hayat, tetapi juga untuk memastikan pesakit dapat menjalani hidup dengan lebih selesa dan bermakna

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan kanser saya berkembang cepat?
Setakat hari ini, kanser payudara metastatik masih belum mempunyai penawar. Selain itu, tiada bukti kukuh yang menunjukkan terdapat langkah-langkah khusus yang boleh diambil untuk melambatkan perkembangannya.
Pemeriksaan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak hospital adalah penting untuk memantau keadaan dengan teliti dan membuat pelarasan pada pelan penjagaan anda
Pemeriksaan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak hospital adalah penting untuk memantau keadaan dengan teliti dan membuat pelarasan pada pelan penjagaan anda
Apakah Peluang Saya untuk Bertahan?
Kadar kelangsungan hidup untuk kanser payudara metastatik berbeza bagi setiap individu, bergantung kepada faktor seperti umur, kesihatan keseluruhan, jenis kanser, dan tindak balas terhadap rawatan.
Secara purata, kira-kira 1 daripada 3 pesakit masih hidup sekurang-kurangnya 5 tahun selepas diagnosis.
Berita baiknya, kemajuan dalam rawatan seperti terapi sasaran dan imunoterapi telah membantu ramai pesakit hidup lebih lama dengan kualiti hidup yang lebih baik.
Berbincanglah dengan pasukan perubatan anda untuk memahami pilihan rawatan dan jangkaan yang paling sesuai dengan keadaan anda.

Mengenai Ubat Dan Rawatan
Patutkah Saya Mendapat Pandangan Kedua?
Mendapatkan pandangan kedua boleh memberi keyakinan tambahan terhadap pilihan rawatan anda dan membantu anda membandingkan kos terapi di hospital yang berbeza.
Namun, perlu diingat bahawa ada kalanya pandangan atau cadangan daripada doktor mungkin berbeza. Dalam situasi sebegini, adalah penting agar semua input disampaikan dengan jelas dan disertakan bersama dokumen sokongan kepada pasukan rawatan utama. Dengan cara ini, pasukan utama dapat menyelaras serta menilai semula setiap maklumat dan bukti yang ada, sebelum mempertimbangkannya dalam sesi membuat keputusan bersama. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan keputusan klinikal lebih tepat, tetapi juga memberi ruang kepada pesakit dan keluarga untuk merasa didengar serta diyakini.”

Apa Akan Berlaku Jika Saya Memutuskan Untuk Hentikan Rawatan Saya?
Rawatan untuk kanser payudara metastatik, walaupun tidak dapat menyembuhkan sepenuhnya, boleh membantu mengawal gejala dan meningkatkan kualiti hidup anda.
Sebelum membuat keputusan untuk menghentikan rawatan, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda. Doktor anda boleh memberikan penerangan tentang akibat keputusan tersebut dan membantu anda mempertimbangkan pilihan terbaik berdasarkan keadaan kesihatan anda.

Patutkah Saya Meneruskan Ubat Biasa Saya Jika Saya Mengalami Komplikasi Daripada Ubat-ubatan (cth. loya/muntah yang teruk)?
Doktor anda akan sentiasa memantau kesihatan keseluruhan dan tindak balas rawatan anda semasa setiap pemeriksaan susulan.
Jika anda mengalami komplikasi seperti loya atau muntah yang teruk, beritahu doktor anda segera. Doktor boleh menilai keadaan anda dan membincangkan perubahan yang sesuai pada rawatan anda untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Sakit?
Doktor anda akan berusaha sedaya upaya untuk melegakan kesakitan anda melalui ubat-ubatan dan rawatan lain. Keutamaan mereka adalah memastikan anda mengalami pengalaman tanpa rasa sakit sebanyak mungkin.
Apakah yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Mengalami Bengkak di Sebelah Lengan Saya atau Ketulan di Ketiak Saya?
Jika anda mengalami gejala ini, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor anda untuk penilaian ,kemudian beliau boleh menerangkan dan menguruskan gejala anda.
Doktor juga boleh pertimbangkan sekiranya gejala ini memerlukan rujukan kepada ahli terapi yang boleh membantu anda menguruskan gejala-gejala ini dengan lebih berkesan.
Doktor juga boleh pertimbangkan sekiranya gejala ini memerlukan rujukan kepada ahli terapi yang boleh membantu anda menguruskan gejala-gejala ini dengan lebih berkesan.
Perlukah Saya Meneruskan Rawatan Jika Keadaan Saya Menjadi Lebih Buruk Walaupun Dengan Rawatan? Masa Yang Diluangkan Untuk Rawatan Mungkin Menghilangkan Masa saya Bersama dengan Keluarga.
Jika keadaan anda semakin teruk atau tidak menunjukkan perubahan yang positif, adalah penting untuk berbincang secara terbuka dan jujur dengan doktor atau pasukan penjagaan kesihatan anda. Memahami bahawa rawatan boleh memakan masa dan mungkin mengurangkan masa bersama keluarga atau melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna, adalah penting untuk berkongsi kebimbangan ini dengan doktor anda.
Bersama-sama, anda boleh menilai dan mempertimbangkan apakah penjagaan keselesaan dan kualiti hidup adalah pilihan yang lebih sesuai, atau jika meneruskan rawatan adalah pilihan terbaik berdasarkan keutamaan dan matlamat hidup anda.

Mengenai Penjagaan Luka
Apakah luka ‘fungating’ dalam kanser payudara?
Luka fungating ialah sejenis luka yang berlaku apabila sel kanser tumbuh menembusi permukaan kulit dan ke luar. Ia biasanya kelihatan seperti bunga kubis, mempunyai permukaan tidak sekata atau pertumbuhan berlapis-lapis di satu kawasan.
Luka fungating memerlukan pengurusan oleh kakitangan kesihatan yang bertauliah seperti jururawat dengan pengkhususan dalam penjagaan luka, jururawat rawatan paliatif, pembantu perubatan, atau doktor.Keadaan luka perlu dinilai dari masa ke semasa bagi memastikan larutan cucian (dressing solution), teknik balutan (dressing technique), dan bahan balutan khas seperti arang (charcoal) untuk menyerap bau atau antibiotik untuk mengawal jangkitan setempat digunakan dengan cara yang paling sesuai bagi setiap individu.
Jika anda melihat tanda-tanda luka fungating, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pasukan rawatan utama.Oleh kerana luka ini memerlukan balutan yang kerap — setiap hari atau selang sehari — pesakit dinasihatkan untuk berbincang dan meneruskan rawatan di Klinik Kesihatan yang berhampiran, agar penjagaan luka dapat dilakukan secara praktikal, berterusan, dan selamat.Langkah awal ini penting supaya intervensi dapat dilaksanakan lebih awal, sekali gus membantu mengawal gejala seperti kesakitan, pendarahan , dan bau serta meningkatkan keselesaan pesakit.

Bagaimana Penjagaan Luka Fungating yang Betul untuk Mencegah Jangkitan?
- Luka fungating ialah luka kronik yang mungkin tidak sembuh sepenuhnya, namun penjagaan yang betul dapat mengawal gejala, mencegah jangkitan, dan meningkatkan kualiti hidup.Kebersihan diri sangat penting.
- Mandi seperti biasa menggunakan sabun lembut ( untuk elakkan irritasi) dan bersihkan kawasan luka dengan perlahan. Selepas mandi, keringkan dengan tuala bersih dan biarkan kering secara semula jadi tanpa menggunakan pengering rambut atau kipas.Jika balutan luka basah akibat cecair, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat tentang cara menukar lapisan balutan dengan betul. Luka biasanya dicuci dengan air garam (normal saline), dan produk seperti charcoal dressing untuk bau atau antibiotik sapuan untuk jangkitan digunakan mengikut keadaan luka dan nasihat petugas kesihatan.
Mengenai Pemakanan Dan Gaya Hidup
Bolehkah Makanan Biasa yang Saya Ambil (cth: produk soya, nasi, roti, daging) Menjadi Punca Kanser Saya?
- Tiada bukti kukuh daripada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa produk makanan seperti soya, nasi, roti, atau daging boleh menyebabkan penyakit kanser.
- Walau bagaimanapun, beberapa kajian ada menekankan pengambilan alkohol, lemak tepu yang tinggi, merokok, dan gaya hidup yang tidak aktif boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser payudara.
Adakah Senaman yang berkala mampu membantu dalam keadaan saya?
- Senaman berkala terbukti membantu pesakit kanser meningkatkan kualiti hidup, mengurangkan keletihan dan tekanan emosi. Namun, ia perlu disesuaikan dengan kemampuan serta kapasiti individu dan dijalankan di bawah nasihat doktor bagi memastikan keselamatan serta keberkesanan. Senaman bukan pengganti rawatan, tetapi pelengkap penting dalam proses pemulihan fizikal dan emosi pesakit.
Mengenai Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Kerajaan
Apakah Bezanya Rawatan Yang Diberikan Di Hospital Kerajaan Berbanding Dengan Keadaan Swasta?
- Rawatan bagi pesakit kanser payudara metastatik di hospital kerajaan adalah berdasarkan amalan Garis Panduan Klinikal (Clinical Practice Guidelines) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kos rawatan adalah lebih rendah kerana sebahagiannya ditanggung melalui subsidi kerajaan untuk warganegara Malaysia.
- Namun, terapi generasi baharu atau rawatan sasaran tertentu mungkin belum tersedia di hospital kerajaan disebabkan kekangan kos dan sumber. Pesakit digalakkan untuk berbincang dengan doktor mengenai pilihan rawatan yang sesuai dan tersedia bagi memastikan penjagaan yang optimum, selamat dan seiring dengan keperluan serta kemampuan individu
Jika Saya hadir ke hospital Pada Peringkat Akhir Kanser Saya, Adakah pihak Hospital Masih Ada Pilihan Rawatan Untuk Saya?
Apabila seseorang pesakit berada pada peringkat akhir kanser, matlamat rawatan biasanya beralih daripada penyembuhan kepada penjagaan keselesaan dan kualiti hidup. Tumpuan diberikan kepada pengurusan gejala seperti kesakitan, kesukaran bernafas , keletihan, serta sokongan emosi dan rohani kepada pesakit dan ahli keluarga. Pendekatan ini memastikan pesakit menerima penjagaan yang bermaruah, empati dan bermakna, agar mereka dapat melalui hari-hari terakhir dengan keselesaan, kehormatan dan ketenangan.
Bolehkah Saya Memilih Pemindahan Dari Hospital Swasta Ke Hospital Kerajaan Untuk Meneruskan Rawatan Saya?
- Pesakit yang ingin berpindah dari hospital swasta ke hospital kerajaan berhak berbuat demikian namun, demi keselamatan dan kesinambungan rawatan, pesakit perlu memaklumkan pasukan perubatan utama lebih awal agar proses pemindahan dapat dilakukan dengan teratur dan selamat demi pesakit.
- Pasukan perubatan akan membantu anda melalui proses ini bagi memastikan kelangsungan rawatan terjamin, serta memastikan bahawa hospital kerajaan yang menerima pemindahan mempunyai kemudahan, kepakaran, katil dan rawatan yang bersesuaian untuk meneruskan penjagaan anda.
- Jika keputusan untuk berpindah dibuat tanpa perancangan dan bertentangan dengan nasihat pasukan perubatan, pesakit atau ahli keluarga perlu menandatangani pelepasan atas risiko sendiri (discharge at own risk). Tindakan ini boleh mengganggu rawatan, menjejaskan kesihatan, dan meningkatkan risiko komplikasi. Oleh itu, sebarang keputusan berpindah harus dibuat dengan pertimbangan teliti dan nasihat doktor.
Bolehkah Saya Rujuk Terus Doktor di Hospital Kerajaan Tanpa Janji Temu?
Hospital kerajaan biasanya melayani sejumlah besar pesakit setiap hari. Oleh itu, sistem janji temu digunakan untuk menguruskan aliran pesakit dengan lebih cekap dan teratur bagi mengurangkan waktu menunggu.
Semua pesakit dinasihatkan mendapatkan surat rujukan daripada klinik penjagaan primer seperti Klinik Kesihatan, Klinik Desa, atau Pengamal Am(GP) sebelum membuat janji temu dengan doktor pakar di hospital kerajaan, khususnya di Jabatan Klinik Pesakit Luar.
Surat rujukan ini penting untuk:
Menjelaskan keperluan perundingan lanjut
Membantu doktor memahami keadaan pesakit
Memudahkan proses ujian atau diagnosis lanjut
Sekiranya pesakit memerlukan rawatan segera, mereka boleh terus ke Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan, yang beroperasi 24 jam sehari.

Mengenai Menguruskan Kos Rawatan Kanser
Di Mana Saya Boleh Dapatkan Bantuan Kewangan?
Walaupun kos rawatan di hospital kerajaan telah disubsidi sebahagiannya, masih terdapat bayaran yang perlu ditanggung sendiri oleh pesakit atau keluarga mereka untuk rawatan, ubat, pengangkutan, atau keperluan lain yang berkaitan dengan kesihatan
Ini boleh menjadi satu beban kewangan, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah.Terdapat beberapa inisiatif bantuan yang disediakan oleh NGO, peringkat negeri/ nasional dan juga agensi lain. Namun begitu, kebanyakan bantuan ini memerlukan permohonan rasmi dan biasanya mengambil masa 1 hingga 2 bulan untuk diluluskan.
Berbincang dengan doktor anda mengenai keperluan kewangan. Pesakit akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan di hospital, yang akan menilai kelayakan dan membantu dengan permohonan bantuan.Sekiranya terdapat sebarang persoalan, jangan ragu untuk bertanya. Pihak kami sentiasa bersedia untuk membantu tuan/puan melalui setiap langkah dalam proses ini.”

Di Mana Saya Boleh Dapatkan Bantuan untuk Membayar Rawatan yang Mahal?
Beberapa rawatan kanser terkini yang belum tersedia di hospital kerajaan mungkin mahal, namun program bantuan pesakit daripada syarikat farmaseutikal atau agensi tertentu boleh membantu menampung sebahagian kos. Doktor anda boleh menilai kelayakan dan membuat rujukan kepada program yang sesuai. Jangan ragu untuk berbincang dengan pasukan rawatan mengenai pilihan bantuan yang ada.
Mengenai Sokongan Dan Bantuan
Bagaimana Untuk Mencari Kumpulan Sokongan dan Sumber Bantuan?
Walaupun setiap pesakit mengalami perjalanan kanser yang berbeza, mengetahui bahawa anda tidak bersendirian boleh memberi kekuatan dan harapan.
Anda boleh mencari kumpulan sokongan dan sumber tempatan dengan:
Bertanya kepada pasukan penjagaan kesihatan anda – mereka boleh mencadangkan kumpulan sokongan yang sesuai.
Membuat carian dalam talian – banyak organisasi kanser menawarkan komuniti sokongan dan maklumat yang berguna.
Berbincang secara terbuka dengan doktor atau jururawat – ini membantu mereka memahami keperluan anda dan merujuk kepada bantuan yang tepat.
Anda juga boleh melayari laman sumber kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan sokongan yang tersedia.

Mengenai Kemungkinan Menyebarkan Penyakit Saya Kepada Orang Lain
Adakah Keadaan Saya Menjejaskan Hubungan Saya Dengan Anak-Anak? Saya Risau Mereka Akan Dijangkiti.
Kanser tidak berjangkit dan tidak boleh disebarkan melalui sentuhan fizikal. Anda boleh memeluk, menyentuh dan berinteraksi dengan anak-anak seperti biasa tanpa risiko menjangkiti mereka.
Namun begitu, dalam sesetengah kes, ahli keluarga terdekat mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser, terutamanya jika terdapat sejarah genetik. Ini bukan kerana kanser itu berjangkit, tetapi kerana mutasi gen tertentu boleh diwarisi.Berbincanglah dengan doktor anda mengenai risiko ini, dan galakkan ahli keluarga menjalani pemeriksaan awal atau kaunseling genetik jika perlu.

Adakah Keadaan Saya Menjejaskan Keintiman Dengan Pasangan?
- Kanser tidak berjangkit dan tidak boleh disebarkan melalui hubungan seksual atau sentuhan fizikal.
- Luka berkulat (fungating wounds) yang berlaku pada peringkat lanjut kanser payudara juga tidak berjangkit dan tidak akan merebak kepada pasangan anda, walaupun melalui sentuhan langsung.
Walaupun begitu, perubahan fizikal dan emosi yang berlaku akibat kanser boleh memberi kesan kepada hubungan intim. Berbincang secara terbuka dengan pasangan dan pasukan penjagaan anda boleh membantu menyesuaikan diri dengan perubahan ini dengan lebih baik.