Cancer Research Malaysia

Kanser Payudara Peringkat Awal

Membantu anda membuat keputusan yang tepat untuk rawatan anda.
Pengenalan

Mengenai Kanser Payudara

Kebiasaannya, sel dalam badan akan tumbuh bagi menggantikan sel yang telah mati atau apabila diperlukan (contohnya, sel payudara normal akan tumbuh apabila diperlukan untuk menghasilkan susu semasa wanita mengandung)

Kanser payudara terjadi apabila sel normal mula terbahagi secara tidak terkawal. Kanser payudara juga berpotensi merebak ke bahagian organ yang lain.

Tanda dan gejala kanser payudara

Antara gejala kanser payudara:
Kadangkala, kanser payudara mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala. Walau bagaimanapun, kanser boleh dikesan melalui mamogram, ultrasound, biopsi atau pemeriksaan fizikal oleh doktor.
Kami berusaha untuk menyampaikan informasi berkenaan kanser payudara dengan jelas. Inilah sebabnya kami ingin memperkenalkan Digital Decision Aid Tools. Ia merupakan sumber rujukan percuma kepada anda untuk mendapatkan informasi yang diperlukan dalam membuat keputusan tentang pilihan rawatan kanser payudara anda.
Di Cancer Research Malaysia, matlamat kami adalah mudah: Kami ingin menyelamatkan pesakit dengan cara menjalankan kajian berkenaan kanser payudara di Asia. Kami mahu anda mempunyai akses kepada informasi yang anda perlukan untuk memahami kanser payudara dan pilihan rawatan yang tersedia supaya anda boleh membuat keputusan tentang rawatan dan penjagaan seterusnya.

Bagaimana Kami Membantu Anda?

Menavigasi Kehidupan Anda Seterusnya

maimunah
"Saya telah mengharunginya selama 20 tahun."
Kisah Maimunah
amy
"Doktor beritahu saya, ia adalah kanser!"
Kisah Amy
cahndrika
"Di saat dunia saya terasa gelap, mereka memberi saya sinar harapan."
Kisah Chandrika
semitah
"Lawatan ke hospital amat menyulitkan bagi saya."
Kisah Semitah
nisa
"Suami saya tidak pernah bersuara sejak saya memberitahu dia berita ini. Mungkin ini akan berlalu."
Kisah Nisa

Memahami Situasi Anda

Apakah perasaan anda sejak di sahkan menghidap kanser payudara?
Adakah anda faham apa itu kanser payudara? Adakah anda tertanya-tanya adakah ini salah anda? Apabila anda sudah di sahkan menghidap kanser payudara, adakah anda tahu pilihan ujian dan rawatan yang tersedia?
Mempunyai pelbagai soalan adalah sesuatu yang wajar, maka itulah sebabnya kami mahu anda mempunyai sumber informasi yang diperakui dan boleh dipercayai untuk memahami maksud diagnosis kanser anda.

Bagaimana informasi berkenaan kanser payudara disampaikan kepada anda

Kanser Payudara Peringkat Awal

Kanser Payudara Peringkat Awal

Memahami Kanser Payudara Peringkat Awal

Merancang Kaedah Rawatan

Pemilihan Rawatan

Pembuatan Keputusan

Pelan Rawatan Susulan

Sumber

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

Merancang Kaedah Rawatan

Jika seseorang menghidapi batuk atau demam, rawatan yang diberikan adalah sama untuk setiap individu. Namun, situasi ini berbeza jika anda menghidapi kanser payudara. Hal ini kerana terdapat rawatan yang berbeza untuk kanser payudara dan pemilihan rawatan yang sesuai dapat membantu menyelamatkan nyawa anda. Bagi memahami apakah jenis rawatan yang sesuai,pertama sekali anda perlu menjalankan beberapa ujian. Ujian ini dikenali sebagai ujian diagnostik.

Rawatan anda adalah unik untuk anda dan bermula dengan memahami diagnosis anda. Semasa di peringkat perancangan, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang diagnosis dan tahap kanser anda. Ia membolehkan anda menyemak pilihan rawatan dan penjagaan susulan. Di sepanjang proses rawatan berlangsung, anda akan bertemu beberapa ahli pasukan kesihatan dan mereka akan membincangkan kaedah rawatan atau penjagaan untuk anda.

💡Jangan ragu-ragu untuk mengambil nota atau bertanya soalan sepanjang proses rawatan.

Pemilihan Rawatan

Terdapat beberapa pendekatan untuk rawatan kanser, yang selalunya melibatkan gabungan beberapa terapi. Bincangkan pilihan rawatan dengan doktor anda untuk membuat keputusan berdasarkan informasi yang boleh dipercayai dan jelas.

Kadang-kala rawatan ini mungkin membuatkan anda berasa letih dan lesu untuk beberapa minggu. Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa gabungan rawatan ini memberikan peluang kelangsungan hidup yang lebih panjang. Walaupun rawatan menjanjikan peluang kelangsungan hidup yang lebih panjang, namun begitu ia boleh menelan kos perbelanjaan yang agak tinggi.

Berbincang dengan doktor mengenai pilihan rawatan dapat membantu anda untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat dan jelas.

Pembuatan Keputusan

Buatlah Keputusan dengan yakin, berpandukan bantuan Digital Decision Aid Tools kami. Ia membantu anda membuat keputusan dengan menyediakan informasi yang relevan, tepat pada masanya, serta akan membimbing anda dalam mempertimbangkan semua pilihan yang ada.

Pelan Rawatan Susulan

Apabila rawatan kanser tamat, sesetengah pesakit mungkin berasa bimbang tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari. Perjalanan pemulihan anda mungkin termasuk penjagaan dan rawatan selepas pembedahan, pemakanan, senaman dan menjalinkan kembali hubungan.

Kami menyediakan pelbagai sumber dan maklumat praktikal untuk anda apabila anda telah menyelesaikan rawatan kanser anda.

Sokongan Tambahan

Kami telah membantu menavigasi hampir 5000 rakyat Malaysia dalam menghadapi diagnosis kanser payudara mereka melalui pusat perkhidmatan navigasi yang terdapat di Sungai Petani, Ipoh, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Klang, Seremban, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Likas, Kota Marudu, Keningau. Beaufort, Sandakan dan Tawau.

Ia termasuk sokongan emosi, bantuan kewangan, sokongan komuniti atau kisah peribadi sebenar. Terdapat pelbagai sumber dan bentuk sokongan yang disediakan untuk anda semasa anda menjalani rawatan kanser payudara anda.

FAQs On Early Breast Cancer

Dapatkan jawapan kepada soalan lazim mengenai kanser payudara peringkat awal.
Scroll to Top