Memahami Kanser Payudara Metastatik

Kisah Nina
Mengharungi kanser payudara metastatik
“Saya merasakan seperti dunia saya telah hancur. Namun begitu, saya tahu saya perlu mendapatkan bantuan secepat mungkin. Dengan pertolongan dari doktor saya berserta maklumat yang berguna
dari beberapa buah buku dan penulisan dari kajian, dengan itu saya boleh membuat keputusan.
Kini, saya sudah 2 tahun memulakan perjalanan rawatan saya dan saya masih tabah mengharunginya."
Kisah Nina
“Saya merasakan seperti dunia saya telah hancur. Saya berasa hilang arah, keliru dan amat marah dengan takdir. Apa yang akan berlaku kepada saya, keluarga saya, dan kerjaya saya?” tanya Nina.
Dengan begitu banyak-pelbagai persoalan yang belum terjawab, Nina tahu bahawa beliau memerlukan sokongan dan nasihat. Dengan bantuan doctor-doktornya, Nina memulakan proses rawatan. Dia menjalani mastektomi dan kemoterapi. Dua tahun telah berlalu semenjak di diagnosis, dan kini Nina sedang berada dalam fasa penyembuhan.
“Saya bertekad untuk terus berjuang. Saya bersyukur kerana pembedahan saya berjalan dengan lancar dan saya mempunyai seorang doktor yang baik, yang mengambil masa untuk menerangkan keadaan saya serta membantu saya memahami apa yang saya sedang hadapi. Saya tahu bahawa saya telah membuat keputusan yang tepat dengan mendapatkan rawatan,” kongsi Nina.
Apa Perasaan Anda?
Jika anda tidak pasti maksud diagnosis anda, atau memerlukan maklumat lanjut, sumber di tapak web ini boleh menyokong anda. Sebaik sahaja anda telah mengumpulkan maklumat yang anda perlukan, anda boleh mengambil langkah untuk membuat keputusan yang terbaik tentang rawatan anda.
Mengalami emosi seperti ini adalah sesuatu yang normal. Berikan diri anda masa memahami diagnosis tersebut. Dan cari maklumat bagi membantu anda jika perlu.
Menempuhi Kehidupan Yang Mendatang
Baru Menerima Diagnosis
Soalan-soalan ini adalah perkara biasa tetapi penting untuk bercakap dengan doktor anda tentang kebimbangan atau soalan anda. Doktor anda sudah biasa dengan sejarah dan situasi perubatan anda dan layak untuk memberi anda jawapan yang anda cari.

Mengapa saya mendapat kanser payudara?

Apakah sebenarnya kanser payudara?

Adakah saya akan mati?

Berapa lamakah saya akan hidup?

Adakah saya perlu menjalani pembedahan?

Adakah terdapat cara lain untuk merawat kanser payudara selain dari pembedahan?

Adakah saya perlu menjalani kemoterapi?

Bolehkah saya mencuba terapi tradisional dan terapi komplimentari?

Bagaimanakah keluarga saya (termasuk suami saya) akan menerima berita ini?

Adakah anak saya juga akan mendapat kanser payudara?
1 dalam 20
Apa Itu Kanser Payudara Metastatik?
Kanser Payudara Adalah…

Bagaimanakah Kanser Payudara Metastatic Boleh Berkembang?
Kanser yang bermula di payudara, boleh merebak ke bahagian lain badan. Kanser payudara yang merebak di bahagian lain badan dirujuk sebagai kanser payudara metastatik. Ia juga boleh dirujuk sebagai kanser berulang.
Tanda-Tanda Dan Gejala
- Ke paru-paru, anda mungkin mengalami sesak nafas.
- Ke hati, kulit anda mungkin berubah menjadi kekuningan.
- Ke otak, anda mungkin mengalami sakit kepala yang berpanjangan atau perubahan pada penglihatan atau pertuturan, disertai dengan gejala seperti muntah atau kesukaran untuk berjalan.
- Ke nodus limfa, anda mungkin mendapati sebelah lengan membengkak atau menemui benjolan di ketiak anda.
Ingatlah, Bahawa Kanser Bukan Salah Anda.
Beberapa faktor boleh menyebabkan anda berisiko mendapat kanser payudara. Ini termasuklah:
- Faktor Genetik: Mempunyai saudara terdekat (seperti ibu, kakak, ibu saudara) yang menghidap kanser payudara, ovari atau lain-lain.
- Gaya Hidup: Pertambahan berat badan (terutamanya selepas menopaus), berat badan berlebihan atau obes, mengambil alkohol secara berlebihan.
- Faktor Persekitaran:Pendedahan kepada sinaran radiasi dalam dos yang tinggi seperti radioterapi
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, seperti:
- Pilihan Reproduktif: Mempunyai anak atau mempunyai anak pada usia yang lebih muda, menyusukan badan.
- Gaya Hidup: Kerap bersenam
Jenis-Jenis Kanser Payudara
Sub-jenis Kanser Dan Kaitannya
Apabila sel-sel kanser payudara mempunyai reseptor hormon pada mereka, ia bermakna pertumbuhan sel-sel kanser dipengaruhi oleh hormon.
Ujian saringan boleh menentukan sama ada anda mempunyai hormon ER-positif (reseptor estrogen) atau hormon PR-positif (reseptor progesteron). Jika salah satu daripadanya ditemui, kanser payudara diklasifikasikan sebagai positif reseptor hormon.
Dalam sesetengah kes, lebih banyak reseptor HER2 dihasilkan, membawa kepada kanser payudara positif reseptor HER2.
Apabila sel-sel kanser tidak menghasilkan hormon atau reseptor HER2, ia diklasifikasikan sebagai kanser payudara tiga kali ganda negatif.
Bilakah Wanita Biasanya Mendapati Bahawa Mereka Mempunyai Kanser Payudara?
Apabila menemui ketulan pada payudara
Apabila melakukan pemeriksaan mammogram
Apabila terdapat lelehan dari puting
Apa Yang Berlaku Kepada Orang Yang Menghidap Kanser Payudara?
Jika tidak dirawat, kebanyakan wanita boleh hidup hanya selama 2 – 3 tahun. Dengan rawatan yang betul, 9 daripada 10 wanita mampu bertahan selama lebih 10 tahun.
Rawatan alternatif, juga dikenali sebagai rawatan tambahan, tidak semestinya berkesan. Keberkesanan rawatan sedemikian adalah berbeza-beza bagi setiap individu.
Kanser Payudara Biasanya Tidak Menyakitkan
Adalah penting untuk berunding dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan anda untuk membuat keputusan termaklum tentang pilihan rawatan.
Jangan biarkan kanser tidak dirawat. Mengabaikan kanser tidak akan menghilangkannya. Dapatkan panduan perubatan segera untuk pilihan rawatan yang sesuai.
Patutkah Anda Membiarkan Kanser Itu Tanpa Dirawat?
5 Tahap Kanser Payudara
Tahap 0 | Tahap 1 | Tahap 2 | Tahap 3 | Tahap 4 |
|---|---|---|---|---|
Pra-invasif | Awal | Awal | Lanjutan | Lanjutan |
Apakah Prognosis Untuk Kanser Payudara Metastatik?
Berita baik: kini terdapat banyak rawatan aktif yang tersedia ada, disamping ubat-ubatan tahan sakit yang jauh lebih baik untuk menangani kesan sampingan dan rawatan untuknya.
Laman Utama >
Sebelumnya
Seterusnya
Pemilihan Rawatan >
Pembuatan Keputusan >
Pelan Rawatan Susulan >
Sumber>
Soalan Lazim >