Soalan Lazim
Bagaimana kami boleh membantu anda?
Soalan Lazim : Maklumat Terkini
Apakah Soalan Yang Perlu Saya Tanyakan Kepada Doktor Saya Jika Saya Disahkan Menghidapi Kanser Payudara?
Berikut adalah beberapa soalan yang berguna untuk ditanyakan kepada doktor anda:
- Apakah jenis kanser payudara yang saya ada?
- Apakah prognosis (kemungkinan kesan) untuk jenis kanser payudara ini?
- Adakah kanser saya telah merebak?
- Apakah tahap kanser payudara yang saya hidapi?
- Apakah pilihan rawatan saya?
- Adakah terdapat pakar lain yang boleh berbincang dengan saya?
- Apakah kesan sampingan yang akan saya alami?
- Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika kanser saya akan berulang?
Berapa Lamakah Proses Rawatan Berlangsung?
Terdapat beberapa bentuk rawatan yang tersedia ada untuk merawat kanser payudara peringkat awal. Setiap rawatan mungkin berbeza dari segi prosedur yang terlibat, hasil rawatan, kesan sampingan dan tempoh masa rawatan.
Pembedahan: Pemulihan selepas pembedahan akan mengambil masa antara 4 – 12 minggu.
Radiasi: Proses rawatan radiasi berlangsung antara 3 – 4 minggu. Radiasi separa (hanya di kawasan tertentu pada payudara dan bukannya meliputi keseluruhan payudara) boleh diselesaikan dalam masa 1 – 3 minggu.
Kimoterapi: Biasanya, ia akan dilakukan selama beberapa jam setiap tiga minggu, yang juga dikenali sebagai satu kitaran. Rawatan ini biasanya mungkin melibatkan sehingga enam kitaran rawatan. Tempoh dan kekerapan kitaran akan bergantung kepada keadaan pesakit.
Terapi hormon: Ia akan diberikan dalam bentuk tablet yang diambil setiap hari selama lima tahun.

Bilakah Rawatan Akan Bermula?
Tempoh dan permulaan rawatan adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis rawatan dan keadaan pesakit.
Pembedahan: Dalam kebanyakan kes, apabila pesakit telah disahkan menghidap kanser, pembedahan akan disyorkan secepat mungkin.
Radiasi: Ini mungkin disyorkan sebagai rawatan utama atau untuk membantu proses rawatan yang lain. Ia mungkin dilakukan dengan tujuan mengecutkan kanser atau menghentikan pertumbuhan sel kanser baru.
Kimoterapi: Jika tumor itu besar, kimoterapi mungkin disarankan sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk mengecutkan tumor atau menghentikan ia dari merebak. Pada masa lain, kimoterapi akan dilakukan selepas menjalani pembedahan bagi menyasarkan mana-mana sel kanser yang tertinggal.
Terapi hormon: Ia mungkin ditawarkan jika pesakit terlalu sakit untuk menjalani pembedahan.

Apakah Bentuk Kesan Sampingan Dari Proses Rawatan Yang Mungkin Timbul?
Kebanyakan rawatan atau prosedur untuk kanser payudara peringkat awal berkemungkinan mendatangkan kesan sampingan yang ringan atau juga teruk. Ianya bergantung kepada jenis prosedur dan keadaan pesakit yang dirawat. Antara kesan-kesan sampingan tersebut:
- keletihan
- loya
- keguguran rambut
- perubahan kulit
- kesakitan
- perubahan berat badan
- kesukaran dalam menumpukan perhatian dan kehilangan ingatan
- lymphoedema yang boleh menyebabkan bengkak pada lengan
- perubahan sikap termasuk kebimbangan
Apakah Yang Perlu Saya Perhatikan Jika Saya Mengesyaki Saya Menghidap Kanser?
Kanser, seperti kebanyakan penyakit lain, boleh mengakibatkan gejala-gejala seperti:
- batuk yang berterusan
- kemunculan benjolan atau ketulan pada payudara secara tiba-tiba sama ada berasa sakit atau pun tidak
- penurunan berat badan tanpa sebab
- kudis yang tidak sembuh
- pendarahan atau lelehan luar biasa keluar dari puting payudara
Apakah Yang Akan Berlaku Apabila Anda Mula-Mula Disahkan Menghidap Kanser Payudara?
Apabila pertama kali disahkan menghidap kanser payudara, anda mungkin bertemu dengan beberapa pakar penjagaan kesihatan dari pelbagai disiplin:
- jika pembedahan disyorkan, anda akan berjumpa pakar bedah kanser payudara untuk membincangkan prosedur pembedahan anda
- anda mungkin akan berjumpa pakar onkologi (pakar kanser) yang akan merancang pelan rawatan anda
- anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan pakar perubatan untuk mendapatkan pandangan bagi pilihan yang lain
- ujian dan imbasan lanjut juga mungkin diperlukan sebagai sebahagian daripada pelan rawatan anda
Berapa Lamakah Saya Akan Hidup Jika Saya Menghidap Kanser?
Tiada jawapan yang mudah untuk soalan ini. Jangka hayat anda dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah tahap kanser yang anda hidapi, proses rawatan yang telah anda jalani dan bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap rawatan tersebut.
Selain itu, melalui perkembangan kemajuan saintifik dan penyelidikan perubatan, kematian akibat kanser telah menurun secara berterusan sejak 1990-an. Kadar kelangsungan hidup untuk lima tahun bagi sesetengah kanser, seperti kanser payudara, prostat dan tiroid, kini telah mencapai tahap 90 peratus atau lebih baik lagi.

Apakah Tanda-Tanda Kanser Payudara Telah Merebak?
Apabila kanser payudara telah merebak, ia mungkin menghasilkan tanda-tanda dan gejala di bahagian lain badan. Kanser payudara yang telah berpindah ke dalam paru-paru boleh mengakibatkan rasa sakit, semput atau batuk yang berpanjangan. Jika kanser telah berpindah ke hati, ia boleh menyebabkan rasa sakit atau bengkak di bawah tulang rusuk, loya atau muntah, jaundis atau anemia. Jika kanser telah merebak ke tulang, mungkin terdapat rasa sakit di bahagian tulang secara tiba-tiba, kebas atau juga berlaku kelemahan otot.
Berapa Lamakah Saya Perlu Meneruskan Rawatan Selepas Disahkan Menghidap Kanser Payudara?
Secara amnya, lebih cepat anda menerima rawatan, lebih baiklah hasilnya. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau keadaan khusus yang perlu ditangani, berbincanglah dengan doktor anda supaya mereka mengetahui situasi anda dan boleh mempertimbangkan bentuk pilihan yang lain untuk anda.
Berapa Kerapkah Saya Perlu Melakukan Ujian Saringan Kanser Payudara?
Mamogram ialah ujian saringan yang biasanya dilakukan dan berkesan untuk memeriksa kehadiran kanser payudara. Ia hanya perlu dilakukan setiap dua tahun.
Apakah Ujian Saringan Kanser Payudara Yang Terlibat ?
Proses saringan, yang dikenali sebagai mamogram, dilakukan dengan menekan setiap payudara di antara dua plat X-ray dan pengambilan gambar. Ia biasanya siap dalam beberapa minit sahaja.
Adakah Ujian Saringan Kanser Payudara Menyakitkan?
Proses saringan kanser payudara, yang dikenali sebagai mamogram, dilakukan dengan menekan setiap payudara di antara dua plat X-ray dan mengambil gambar yang jelas. Walaupun proses itu tidak menyakitkan, ia mungkin mengakibatkan ketidakselesaan. Proses ini boleh diselesaikan dengan cepat.
Adakah Saya Akan Meninggal Dunia Akibat Kanser?
Kanser tidak semestinya membawa maut tetapi ramai yang meninggal dunia akibat penyakit ini. Jika anda telah disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal, maka anda akan berkemungkinan untuk menjalani rawatan dengan jayanya dan dapat hidup untuk beberapa tahun lagi.